dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

KEMPEN INETERNET SELAMAT (Safe & Shield) PRIVASI DATA DATA ANDA, NYAWA ANDA - JANGAN BIAR DICURI

4 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 04 April 2026, telah berlangsung KEMPEN INETERNET SELAMAT (Safe & Shield) PRIVASI DATA DATA ANDA, NYAWA ANDA - JANGAN BIAR DICURI. Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 04:00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang kelas ini berlangsung, Cikgu Ainul menerangkan cara untuk kenal psti aset : apakah data peribadi iaitu nama penuh dan umur, lokasi dan alamat, cap jari dan pengecaman wajah, gambar dan video peribadi dan maklumat keluarga dan ibu bapa. Selain itu, Cikgu Ainul berkongsi mengenai ancaman tahap merah : kenapa musuh mahukan data anda iaitu klon identiti, menyamar menjadi anda untuk menipu rakan keluarga,  ransomware (peras ugut) mengunci fail dan gambar sekolah anda untuk wang tebusan dan scam kewangan, mencuri wang terus daripada akaun bank ibu bapa anda. Seterusnya, Cikgu Ainul menerangkan taktik musuh 1 : jejak bayang iaitu lokasi sekolah dikenal pasti dan lokasi rumah kosong dikesan. Akhir sekali, Cikgu Ainul menerangkan taktik musuh 2: perangkap klon (deepfake AI).

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang Privasi Data Data Anda, Nyawa Anda - Jangan Biar Dicuri. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan antara staf NADI, peserta dan pihak Safe & Shield.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.